
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kerangka perundangan baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dibentangkan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Jemaah Menteri minggu depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka itu akan memberi tumpuan kepada kebebasan mahasiswa, kebebasan akademik dan kebebasan penerbitan.
Kerajaan menyasarkan kerangka berkenaan disiapkan dan dibentangkan di Parlimen sebelum persidangan tahun ini berakhir pada akhir November.
