TIGA PILIHAN BAGI PELARIAN Penyelesaian Kekal Mengikut Dasar Malaysia

28 Julai 2026

Malaysia mengurus isu pelarian berlandaskan dasar yang jelas, undang-undang negara serta prinsip kemanusiaan. Bagi individu yang disahkan berstatus pelarian, penyelesaian yang dilaksanakan adalah terhad kepada mekanisme yang telah ditetapkan dan bukan untuk penempatan kekal di Malaysia.

“Bagi individu yang berstatus pelarian, hanya terdapat tiga pilihan penyelesaian iaitu penempatan ke negara ketiga, pulang ke negara asal apabila keadaan kembali aman atau dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman sekiranya melakukan jenayah.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kerajaan menegaskan bahawa tiada mekanisme yang membolehkan pelarian tinggal di Malaysia tanpa had. Selaras dengan dasar sedia ada, penyelesaian yang diguna pakai ialah penempatan ke negara ketiga, kepulangan secara sukarela apabila negara asal kembali selamat, atau penghantaran pulang selepas menjalani hukuman sekiranya disabitkan dengan kesalahan jenayah mengikut undang-undang Malaysia.

KDN akan terus memperkukuh pengurusan pelarian secara teratur, berlandaskan kedaulatan undang-undang, keselamatan negara dan tanggungjawab kemanusiaan, bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara sistematik serta mengikut dasar kerajaan.

Sumber:
Sidang Media YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail sempena Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia, Tanjung Piandang, Perak.
25 Julai 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *