RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN WILAYAH PRIHATIN UNITI MERDEKA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan majlis Pengurniaan Sumbangan Wilayah Prihatin Uniti Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini (19 Julai).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Dato’ Fadil Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur.

Hadir sama, Dato’ Mohd Azani Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur; Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan cek curra (mock cheque) sumbangan oleh MAIWP, Pusat Pungutan Zakat dan Habib Jewels Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan RM1.7 juta kepada Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 anak-anak anggota Polis terpilih dan golongan asnaf Wilayah Persekutuan.

Penerima sumbangan akan turut terima bantuan berbentuk cermin mata, komputer riba dan kit kemasukan ke institusi pengajian tinggi, mesin glukosa, kerusi roda dan mesin tekanan darah tinggi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *