
17 Julai 2026
Kerajaan MADANI akan terus menanggung subsidi petrol RON95 bagi memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang kekal antara yang terendah di dunia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global serta turun naik harga minyak di pasaran antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion bagi mengekalkan subsidi RON95 sebagai langkah melindungi kebajikan rakyat dan mengurangkan beban kos sara hidup.
Menurut beliau, komitmen tersebut mencerminkan keutamaan kerajaan untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada dasar subsidi yang disasarkan secara berhemah, di samping mengekalkan kestabilan ekonomi negara.
Kerajaan juga akan terus menilai pelaksanaan subsidi secara bertanggungjawab agar bantuan yang disediakan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.
Sumber: RTM
Sorotan : Berita Jendela Madani
