
Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) yang diperkenalkan kerajaan sejak 15 April 2026 sebagai respons terhadap krisis bekalan tenaga global telah memberi impak positif dari segi penjimatan penggunaan bahan api dan perbelanjaan subsidi kerajaan.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), seramai 74,408 penjawat awam telah memanfaatkan pelaksanaan BDR dalam tempoh tersebut. Inisiatif itu berjaya menjimatkan kira-kira 4.05 juta liter petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM7.31 juta.
Pelaksanaan BDR bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan bahan api, malah turut menyokong usaha kerajaan memperkukuh pengurusan sumber secara lebih cekap, mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pengurangan pelepasan karbon.
Kerajaan akan terus menilai keberkesanan langkah ini bagi memastikan dasar yang dilaksanakan mampu memberi manfaat kepada rakyat, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi cabaran ekonomi dan tenaga global.
Sumber: RTM – Berita RTM
Sorotan Berita Jendela Madani
