
Seremban – Yang Arif Hakim Mahkamah Sesyen 3, Tn. Shahrul Rizal Bin Majid telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 25,000.00 kepada sebuah premis di bawah Pertuduhan Seksyen 18(1A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dimana premis telah mengangkut buangan terjadual (SW104) iaitu debu, sanga, dros atau abu yang mengandungi aluminium dan kuprum dengan menggunakan kenderaan (lori) sebagai pembawa Yang Ditetapkan tanpa lesen.
Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana individu atau premis yang tidak patuh kepada syarat lesen bagi pemegang lesen Premis yang telah Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) di bawah Seksyen 18(1A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
JAS Negeri Sembilan (JASNS) sentiasa mengambil tindakan dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar. JASNS menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
