
12 Julai 2026
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Persekutuan Rusia,
mengesahkan bahawa seorang rakyat Malaysia telah meninggal dunia pada 11 Julai 2026 ketika mendaki
Gunung Elbrus di Persekutuan Rusia.
Mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga (3) orang rakyat Malaysia yang menyertai
pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.
Kedutaan
Besar Malaysia di Moscow telah berhubung dengan keluarga mendiang di Malaysia serta dua (2) rakyat
Malaysia yang turut menyertai pendakian tersebut bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan
memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau
perkembangan kes ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala
urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
PUTRAJAYA
12 Julai 2026
