KDN PERKUKUH PENGUATKUASAAN PERLOMBONGAN MATA WANG KRIPTO HARAM

9 Julai 2026

3,049 serbuan, 629 tangkapan dan 75,578 mesin perlombongan mata wang kripto berjaya dirampas bagi tempoh 2022 hingga Mei 2026, membuktikan komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram.

“KDN akan terus memperkukuh keupayaan risikan, penggunaan teknologi serta kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan perlombongan mata wang kripto haram dilaksanakan dengan lebih pantas, tepat dan berkesan.”
— YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Strategi penguatkuasaan KDN memberi penekanan kepada aspek pencegahan, pengesanan awal dan tindakan bersepadu melalui kerjasama erat bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Tenaga, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan. Pendekatan ini merangkumi perkongsian maklumat, pemantauan lokasi berisiko dan penyelarasan operasi bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN (2022 – MEI 2026)

✅ 3,049 serbuan dilaksanakan
👮 629 tangkapan dibuat
🖥️ 75,578 mesin perlombongan mata wang kripto dirampas

KDN akan terus memperkukuh usaha membanteras jenayah yang menjejaskan keselamatan negara, ekonomi serta bekalan tenaga demi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan kedaulatan undang-undang terus dipelihara.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 8 Julai 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *