PRN JOHOR: FOKUS MENANGKAN JOHOR LEBIH UTAMA DARIPADA BERBAHAS SOAL `POSTER BOY’- NURUR IZZAH

Oleh : Noraini Nordin
(Sorotan khas PRN Johor)

MUAR, 22 Jun 2026 – Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa fokus utama Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, berbanding terlalu memberi tumpuan kepada persoalan siapa yang bakal menjadi “poster boy” gabungan tersebut.

Menurut beliau, semua calon-calon yang diketengahkan merupakan anak jati Johor yang mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk membawa suara rakyat negeri tersebut.

“Saya nampak memang jelas siapa yang berpotensi menjadi `poster boy’, namun kita juga menghormati proses musyawarah yang sedang berlangsung dalam kalangan pimpinan parti,” jelas Nurul Izzah.

Beliau berkata, terdapat beberapa nama besar yang disebut-sebut berpotensi memikul peranan tersebut termasuk pemimpin kanan KEADILAN serta tokoh-tokoh yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.

KEMUNCULAN NAMA-NAMA BERPROFIL TINGGI

Nurul Izzah turut menjelaskan bahawa kemunculan nama-nama berprofil tinggi dalam senarai calon membuktikan PH tidak berdepan masalah untuk memilih figura utama yang mampu menjadi wajah kempen gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan kemenangan PH dalam PRN Johor terlebih dahulu.

“Yang lebih penting ialah menang pilihan raya terlebih dahulu. Saya tidak mahu kita diheret ke dalam sebarang pertelingkahan yang menunjukkan seolah-olah kita terlalu fokus kepada jawatan semata-mata,” tegas Timbalan Presiden KEADILAN dalam satu temu bual khas di sini petang semalam.

Beliau menambah bahawa seluruh jentera PH kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mendekati rakyat, menawarkan dasar terbaik serta meyakinkan pengundi bahawa gabungan itu mampu membawa kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa untuk Johor.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *