





22 Jun 2026
Isteri Perdana Menteri Bangladesh, Dr Zubaida Rahman hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik untuk melihat bangunan ikonik sekitar Putrajaya dari atas bot.
Ketibaan beliau pada 9.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.
Dr Zubaida meluangkan masa selama sejam beramah mesra dengan Dr Wan Azizah dan Hannah sambil menikmati pemandangan pusat pentadbiran negara.
Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman dan Dr Zubaida tiba di Malaysia pada malam Ahad untuk lawatan rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.
📸 fotoBernama
