KONGRES TAHUNAN KEADILAN DITANGGUH KE 14 Hingga 16 OGOS UNTUK KESIAP SIAGAAN PRN

6 Jun 2026 | Batu Pahat, Johor

Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini
di Batu Pahat, Johor.

Kongres Tahunan KEADILAN yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah
ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026, manakala lokasinya dikekalkan di Melaka
International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Penangguhan ini dibuat bagi memberi
ruang khususnya kepada KEADILAN Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiap
siagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung.

Biro Politik juga telah melantik YB Senator Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail dan
YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden KEADILAN.

Ini bagi mengukuh dan
memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat.

Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan KEADILAN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *