
7 Jun 2026
Selepas 14 hari menanti dengan penuh debaran akhirnya pendaki wanita Jaslinda Saludi yang hilang sewaktu menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih ditemui selamat petang semalam.
Khabar gembira itu bukan sahaja disambut penuh kesyukuran oleh ahli keluarga Jaslina tetapi juga rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan wanita tersebut.
Jaslinda , 49, yang ditemukan oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh sekitar jam 5.10 petang, menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan keselamatannya.
Dalam keadaan kelihatan lemah namun masih mampu mengukir senyuman, Jaslinda menyampaikan ucapan yang menyentuh hati ramai.
“Terima kasih. Minta maaf, menyusahkan rakyat Malaysia,” katanya ringkas ketika ditemui media.
Ucapan itu pantas mengundang sebak dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan kehilangan beliau sejak 23 Mei lalu.
Malah, ketika ditanya mengenai keadaannya, Jaslinda sempat memberikan jawapan yang cukup mendalam.
“Oke tak okelah… nikmati hidup,” katanya.
Saya tak makan apa-apa dua minggu. Minum pun air hitam, ada air dari periuk kera dan sebagainya.
Inilah dikongsi oleh Jaslinda Saludin, 49 yang berkongsi sebahagian pengalaman hilang dua minggu di dalam Gunung Batu Putih sebelum dijumpai petang tadi. credit empunya video🥺🥺
“Saya tak makan apa-apa dua minggu. Minum pun air hitam, ada air dari periuk kera
