🚨 RM48.05 JUTA NILAI RAMPASAN KUMULATIF Hasil Penguatkuasaan Bersepadu Membanteras Ketirisan Subsidi & Penyeludupan

4 Jun 2026

💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi melindungi kepentingan rakyat, menjamin kestabilan bekalan negara dan memastikan setiap bentuk ketirisan dapat dibanteras dengan tegas.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan menerusi pendekatan Smart Enforcement bagi memastikan keselamatan ekonomi negara, kestabilan bekalan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Sehingga 2 Jun 2026, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh agensi-agensi penguat kuasa telah merekodkan RM48.05 juta nilai rampasan kumulatif, melibatkan 317 kes direkodkan dan 1,116 tangkapan hasil tindakan terhadap aktiviti ketirisan subsidi, penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.

📊 Pencapaian Operasi Kumulatif (12 April – 2 Jun 2026)

💰 RM48.05 JUTA
Nilai Rampasan Kumulatif hasil operasi penguatkuasaan

👥 1,116 TANGKAPAN
Melibatkan tangkapan oleh PDRM, APMM, JSJ D3 serta migran dan penyeludup

📋 317 KES DIREKODKAN
Melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan ketirisan subsidi dan penyeludupan

🛡️ RM70,980.80
Rampasan harian pada 2 Jun 2026 menerusi Ops Tiris di Tumpat, Kelantan melibatkan 4 tangkapan

Antara kejayaan utama yang direkodkan adalah:

🔹 PDRM (KDNKA)

  • 246 kes
  • RM48,057,625.60 nilai rampasan
  • 254 tangkapan

🔹 APMM

  • 20 kes
  • RM2,247,816.00 nilai rampasan
  • 92 tangkapan

🔹 PDRM (JSJ D3)

  • 51 kes
  • Rampasan mata wang asing (Rupiah dan Peso)
  • 512 tangkapan

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan KDN dalam memperkukuh penguatkuasaan strategik bagi membanteras ketirisan subsidi, mengekang aktiviti penyeludupan dan memastikan bekalan strategik negara kekal terjamin demi kepentingan rakyat.

KDN akan terus memperkasakan operasi berasaskan risikan, teknologi dan kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan negara serta kestabilan bekalan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *