
KualaLumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agensi berkaitan mempergiat usaha turun padang untuk memberi penerangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai kemudahan pembiayaan dan bantuan yang disediakan kerajaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu penting bagi memastikan golongan berkenaan tidak tercicir daripada menikmati pelbagai inisiatif yang diwujudkan khusus untuk membantu meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka.
βTerdapat beberapa orang (peniaga) yang tidak tahu lagi mengenai kemudahan yang ada. Jadi saya minta agensi berkaitan turun dan berikan penjelasan,β kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Tani Taman Melawati, hari ini.
Sumber; Bernama
