PMX santuni penduduk PPR Taman Desa Mutiara, umum peruntukan RM1 juta demi kebajikan komuniti

17 Mei 2026

Oleh : Wartawan JM

Selepas selesai memberi amanat di Konvensyen PH Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni warga PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau ( Johor Bahru) bagi melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat serta mendengar secara langsung denyut nadi, keluh kesah dan keperluan sebenar mereka di lapangan.

PMX turut menjelaskan langkah yang sedang dan telah diusahakan Kerajaan MADANI dalam mendepani cabaran krisis bekalan serta tekanan kos sara hidup supaya rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak dibiarkan memikul beban ini bersendirian.

” Saya juga sempat berbual bersama para penghantar makanan p-hailing mengenai cabaran harian yang mereka tempuhi dalam mencari rezeki.

” Perkara ini akan saya bawa ke mesyuarat MTEN bagi meneliti ikhtiar terbaik untuk terus membantu golongan pekerja gig, ” jelas PMX yang dikongsi di laman media sosialnya petang semalam.

Beliau berkata, sebagai langkah segera demi keselesaan dan kebajikan penduduk di PPR Taman Desa Mutiara,
PMX mengumumkan peruntukan RM1 juta serta meminta Ahli Parlimen Tebrau bersama wakil penduduk menyelaras segera keutamaan dan keperluan paling mendesak agar pelaksanaannya dapat dipercepat dan manfaatnya benar-benar dirasai.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *