
24 April 2026
BUTTERWORTH :
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, hari ini
meninjau pelaksanaan serta kemajuan projek Jalur Lebar Rumah Keluarga Angkatan
Tentera (RKAT) di negeri Pulau Pinang.
Projek Jalur Lebar RKAT ini terus diperkasa bagi meningkatkan akses Internet
berkelajuan tinggi yang berkualiti dan mampu milik untuk warga Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan
digital rakyat.
Projek tersebut merupakan inisiatif nasional hasil kerjasama strategik antara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysai (MCMC) dan ATM menerusi
memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 11 Oktober 2024, melibatkan
lebih 59,000 unit RKAT di 73 kem tentera seluruh negara.
Melalui inisiatif ini, warga ATM yang mendiami RKAT disediakan kemudahan jalur lebar
berasaskan rangkaian gentian optik, dengan pakej langganan pada harga RM49.00
sebulan bagi kelajuan 100 Mbps.
Turut ditawarkan harga promosi RM39.00 sebulan
untuk tempoh enam bulan pertama langganan.
Kemudahan Internet berkelajuan tinggi ini dijangka dapat meningkatkan kualiti hidup
warga ATM, khususnya dalam menyokong keperluan pendidikan anak-anak, urusan
komunikasi harian serta kesejahteraan digital keluarga, selaras dengan aspirasi Malaysia
MADANI.
Pelaksanaan Projek Jalur Lebar RKAT menunjukkan kemajuan yang
memberangsangkan di seluruh negara.
Sebuah RKAT telah siap sepenuhnya dan kini
beroperasi, manakala enam kem lain telah menamatkan kerja pemasangan rangkaian
serta berada dalam fasa integrasi dan pengujian.
Sebanyak 62 kem masih dalam peringkat pelaksanaan kerja infrastruktur sivil serta
pemasangan rangkaian gentian optik.
Bagi lima kem selebihnya, pelaksanaan projek
akan dimulakan selepas kerja naik taraf RKAT oleh pihak kem selesai.
Di Pulau Pinang, tiga kem ATM terlibat di bawah inisiatif Projek Jalur Lebar RKAT, iaitu
Kem PU Butterworth, Kem Sungai Ara dan Kem Bukit Gedong melibatkan sebanyak
1,358 unit RKAT.
Di bawah pentadbiran Kem PU Butterworth, satu daripada empat projek RKAT, iaitu
RKAT Perumahan Pegawai berjaya disiapkan dan telah beroperasi.
RKAT tersebut
melibatkan 30 unit rumah, dengan dua unit melanggan pakej Perajurit Broadband,
manakala tiga projek RKAT lain kini berada dalam peringkat pemasangan rangkaian
gentian optik.
Kerajaan, melalui MCMC, akan terus memantau pelaksanaan projek ini secara
berterusan bagi memastikan akses Internet berkelajuan tinggi dapat dinikmati secara
menyeluruh oleh wargai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seterusnya merapatkan
jurang digital dan memperkukuh kesejahteraan komuniti Angkatan Tentera Malaysia.
