MALAYSIA DIPILIH SEBAGAI AHLI MAJLIS PENTADBIRAN PUSAT ASIA DAN PASIFIK BAGIPEMINDAHAN TEKNOLOGI (APCTT) UNTUK PENGGAL 2026-2029

22 April 2026

Malaysia telah berjaya dipilih sebagai Ahli Majlis Pentadbiran Pusat Asia dan Pasifik bagi Pemindahan
Teknologi (APCTT) untuk penggal 2026–2029.

Pemilihan tersebut telah diadakan semasa Sesi ke-82 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) pada 21 April 2026 di Bangkok, Thailand.

Malaysia merupakan antara lapan negara yang dipilih untuk berkhidmat dalam Majlis Pentadbiran APCTT.

Sebagai sebuah badan utama di bawah UNESCAP, APCTT memainkan peranan penting untuk
memperkukuh kerjasama teknikal dalam kalangan negara anggota dan negara anggota bersekutu. Ia turut
mempromosikan pemindahan dan perkongsian teknologi serta memperkukuh kerjasama sains, teknologi
dan inovasi (STI) bagi menyokong pembangunan mampan.

Malaysia, diwakili oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis
Pentadbiran APCTT penggal 2006–2009, 2014–2017 dan 2017–2020 sejak penubuhan APCTT pada
tahun 1977.

Malaysia kekal komited dalam menyokong usaha APCTT dan akan terus terlibat secara aktif serta
menyumbang kepada pemerkasaan peranannya di bawah naungan UNESCAP.

Putrajaya
22 April 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *