






π£πππππ¨πππ‘ ππππ‘π, ππ³ ππ½πΏπΆπΉ β Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Kapal Maritim (KM) TUN FATIMAH membantu menjayakan Proses Pemurnian Al-Quran anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di perairan Klang, petang tadi.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah berkata, Maritim Malaysia sentiasa bersedia dan komited dalam memastikan setiap proses pemurnian bahan suci Al-Quran ini dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan.
βMaritim Malaysia akan terus memberikan kerjasama dan sokongan penuh bagi memastikan program pemurnian dilaksanakan berlandaskan hukum dan menghormati kesucian ayat-ayat suci Al-Quran,β katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Pemurnian Al-Quran di sini hari ini.
Turut hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman serta barisan Timbalan Ketua Pengarah Maritim Malaysia.
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ini melibatkan pemurnian bongkah abu Al-Quran seberat 1.5 tan hasil daripada 8,672 teks dan bahan berkaitan yang telah melalui proses pelupusan, dengan anggaran nilai keseluruhan mencecah RM2.7 juta.
Proses pemurnian berkenaan dilaksanakan kira-kira 13 batu nautika dari daratan dengan kedalaman sekitar 10 meter, selaras garis panduan ditetapkan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran.
Dalam perkembangan sama, Maritim Malaysia menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN dalam melupuskan Al-Quran dengan tatacara yang telah digariskan pada masa akan datang.
