RANGKUMAN HARI KETIGA PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK

IPOH, 5 APRIL 2026 (AHAD) – Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak mencatatkan pencapaian yang amat positif dengan suasana reruai KPDN yang sentiasa meriah dipenuhi kunjungan orang awam. Ini membuktikan keberkesanan inisiatif KPDN dalam mendekati masyarakat.

Selain melaksanakan advokasi, KPDN turut menganjurkan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM). Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga diskaun 10% hingga 30% lebih murah dan berpatutan demi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat setempat.

Tidak lupa juga, kaunter eCOSS turut dibuka bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran orang ramai serta menyelesaikan sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan pembelian minyak masak peket.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *