INTEGRITI TERAS KEKUATAN NEGARA

1 April 2026

Penegasan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi perlu dizahirkan dalam setiap tindakan dan keputusan, menjadi asas penting dalam memperkukuh tadbir urus negara yang berwibawa dan diyakini rakyat.

Kementerian Dalam Negeri bersama agensi penguatkuasaan terus memperkukuh budaya integriti dalam pelaksanaan tugas, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kepercayaan, akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap lapisan perkhidmatan awam.

Komitmen ini turut diperkasa melalui kepimpinan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, yang konsisten memastikan nilai integriti diterjemahkan dalam dasar, penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *