Kerajaan MADANI terus berikhtiar memastikan bekalan tenaga terpelihara, kebajikan rakyat diutamakan – PMX

31 Mac 2026

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya, dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya.

” Justeru, kita tidak boleh alpa atau terlalu selesa. Kita mesti bersiap siaga dengan disiplin, kecekalan dan semangat kebersamaan yang tinggi.

” Dalam mengakui cabaran ini, saya ingin menegaskan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan,” kata PMX dalam perkongsian di media sosial petang ini.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan.

” Dalam masa sama, saya mengajak seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik. Utamakan barangan tempatan dan sokonglah usahawan kita, kerana kekuatan dalaman merupakan benteng utama dalam mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

” Insya-Allah, setiap keputusan akan terus berpaksikan tanggungjawab dan kepentingan rakyat, ” ujar beliau lagi

Anwar berkata, kerajaan akan berikhtiar memastikan kestabilan bekalan tenaga terpelihara, ekonomi terus berfungsi dengan baik, serta kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *