
30 Mac 2026
(Info Ringkas)
Teknik ini digunakan oleh petani di China untuk menghasilkan halia yang lebih besar daripada biasa.
.
Caranya adalah seperti berikut:
- Sediakan lubang tanaman
Korek lubang sedalam kira-kira 50 cm (paras lutut atau lebih).
- Tanam benih halia
Masukkan ruas halia ke dalam lubang dan kambus tanah sekadar menutup permukaan halia sahaja.
- Kambus secara berperingkat
Apabila pucuk atau daun halia mula keluar menembusi tanah, kambus semula pucuk tersebut dengan tanah.
- Ulang proses
Teruskan langkah ini setiap kali pucuk naik, sehingga paras tanah menjadi tinggi.
Kaedah ini akan merangsang pertumbuhan halia menjadi lebih besar dan gemuk, kerana batangnya sentiasa ditimbus dan memanjang di dalam tanah.
Tempoh tuaian:
Halia muda: sekitar 3 – 4 bulan
Halia tua: sekitar 6 – 7 bulan
Selamat mencuba! 🌱
