PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

IPOH, 29 Mac 2026 – Sepasukan penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan melibatkan kawasan sekitar Pasar Awam Gopeng. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pemantauan bekalan barangan kawalan, pematuhan pelesenan serta perlindungan pengguna.

Hasil pemeriksaan mendapati peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk tidak menjual minyak masak bersubsidi kepada warga asing. Peniaga juga didapati menggunakan sistem E-COSS bagi merekod jualan selain menyimpan rekod manual sebagai sokongan.

Semakan rekod jualan bagi tempoh tiga bulan turut menunjukkan pemborong berada dalam keadaan terkawal dari segi bekalan minyak masak botol dan paket serta mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan.

Dalam operasi yang sama, pemeriksaan ke atas beberapa premis berlesen mendapati sebahagian premis tidak beroperasi ketika lawatan dijalankan. Selain itu, pemeriksaan di beberapa buah stesen minyak mengesahkan bekalan petrol dan diesel berada pada tahap mencukupi serta tiada aktiviti pengisian oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing.

KPDN Perak menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, sekali gus melindungi hak pengguna dan mengekang sebarang bentuk penyelewengan serta pencatutan harga di pasaran.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05 – 241 4611 (KPDN Perak)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Β©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *