
28 MAC 2026
(Info Ringkas)
Dalam keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda ketika ini, risiko berlakunya kebakaran adalah amat tinggi. Suhu yang meningkat serta kekurangan hujan menyebabkan kawasan persekitaran menjadi mudah terbakar walaupun hanya dengan percikan api yang kecil.
Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Seksyen 29A), pembakaran terbuka adalah DILARANG sama sekali.
Pembakaran terbuka mengakibatkan pencemaran udara yang serius serta menjejaskan kesihatan awam.
RISIKO PEMBAKARAN TERBUKA:
- Kebakaran yang tidak terkaqal akan menyebabkan jerebu di kawasan setempat.
- Jerebu teruk akan menjejaskan kesihatan terutama berkaitan pernafasan.
- Pelepasan karbon tinggi yang menyumbang kepada perubahan iklim.
- Kemusnahan habitat semula jadi dan biodiversiti.
Ambil tindakan bijak:
- Elakkan pembakaran sisa kebun atau sampah.
- Gunakan kaedah pelupusan yang selamat.
- Laporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa.
INGAT!
Pembakaran terbuka adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun serta pendakwaan.
Dalam keadaan cuaca panas ini, satu tindakan kecil boleh membawa bencana besar.
Lindungi udara kita. Lindungi masa depan generasi kita.
