Prabowo hubungi Anwar, pimpin negara Islam sempena Aidilfitri, perkukuh hubungan dua hala

24 Mac 2026

Presiden Indonesia Prabowo Subianto telah menghubungi beberapa pemimpin negara Islam, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala serta memperkukuh kerjasama antarabangsa.

Setiausaha Kabinet Teddy Indra Wijaya berkata selain Anwar, Prabowo turut mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi, menurut Agensi Berita ANTARA.

“Silaturahim ini menjadi sebahagian daripada usaha mengekalkan hubungan erat dan kerjasama antara negara, khususnya ketika menyambut Hari Raya yang penuh makna,” katanya.

Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *