
23 Mac 2026
Sempena Ops Selamat Aidilfitri tahun ini, seramai 5,544 anggota trafik PDRM telah ditugaskan di seluruh negara bagi memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia berjalan lancar dan selamat.
Op Selamat yang bermula pada 19 Mac 2026 akan berlangsung hingga 24 Mac 2026 – dengan jangkaan 2.3 juta kenderaan di lebuh raya serta pemantauan di 34 lokasi hotspot dan 25 blackspot.
Insya-Allah kesiapsiagaan anggota PDRM kita berada pada tahap tertinggi.
Di saat kita bersama keluarga menyambut Syawal, mereka terus bertugas tanpa henti di jalan raya demi keselamatan semua.
Marilah kita sama-sama memainkan peranan dengan mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.
Keselamatan tanggungjawab bersama!
