




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 MAC 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Tadarus dan Khatam al-Quran Pejabat Perdana Menteri sempena Ramadan 1447H, yang menjadi penutup kepada rangkaian tadarus sepanjang bulan Ramadan, anjuran Biro Kebajikan dan Kerohanian Kelab Pejabat Perdana Menteri.
Beliau berkata majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Hazman Hashim dari Masjid Putra, Putrajaya, disusuli dengan Khatam Al-Quran serta solat Zohor berjemaah dalam suasana penuh khusyuk dan penghayatan.
“Saya menzahirkan harapan agar amalan ini terus disemarakkan, bukan sekadar membaca tetapi menghayati serta mengangkat nilai-nilai al-Quran dalam kehidupan,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
โุงููุฑูุกููุง ุงููููุฑูุขูู ููุฅูููููู ููุฃูุชูู ููููู ู ุงููููููุงู ูุฉู ุดููููุนูุง ูุฃูุตูุญูุงุจูููโฆ ุฑูุงู ู ุณูู
โโโBacalah kalian akan al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya.โ
โโ”Saya percaya dan berdoa agar amal khair ini terus dibudayakan dalam segenap lapisan masyarakat membaca dengan penuh penghayatan, menghidupkan jiwa, serta mengambil iktibar yang sebenar dalam membina masyarakat MADANI yang berteraskan iman dan ihsan,” tambah Perdana Menteri. – JM
