Jemaah kuliah wanita Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong hargai sumbangan NGO sempena Syawal

Jamilah Ahmad
Kalsom Osman
Latijah Awang
Nurin Saad

Oleh: Sholina Osman
15 MAC 2026

Hadir ke majlis ilmu di masjid bukan sebagai panduan untuk menjadi umat Islam lebih bertakwa malah juga membuka pintu rezeki.

Begitulah juga dengan kalangan jemaah wanita yang mengikuti kuliah setiap hari Jumaat oleh penceramah Ustaz Ahmad Rizal Azizan di Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong, Kangar, Perlis yang tidak menjangka apabila dipilih sebagai penerima sumbangan berupa barangan dapur bagi menyambut Syawal beberapa hari lagi.

Rata-rata jemaah wanita ini
melahirkan rasa syukur apabila dimaklumkan akan menerima
sumbangan dari sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Kuala Lumpur iaitu Pertubuhan Kebajikan HAWARIYUN.

WAKIL NGO BERKENAAN

Majlis penyampaian sumbangan itu telah disampaikan oleh wakil NGO berkenaan yang diadakan dalam satu majlis ringkas di Masjid Nurul Hikmah hari ini.

Hadir sama Ustaz Ahmad Rizal dan Ahli Jawatankuasa Wanita masjid
berkenaan, Poziyah Othman

Sementara itu antara penerima
sumbangan yang ditemui, Jamilah Ahmad, 59, melahirkan rasa terharu apabila dipilih untuk menerima sumbangan.

SUMBANGAN BERUPA BARANGAN

“Inilah pertama kali saya mendapat sumbangan berupaya barangan dapur termasuk beras dan diucapkan terima kasih pada pihak yang memberi,” kata beliau.

Begitu juga Kalsom Osman, 78 merasa bertuah apabila menerima bantuan keperluan dapur yang akan digunakan sebagai persediaan bagi menyambut Syawal.

“Saya datang ke masjid setiap minggu untuk menuntut ilmu, rupanya Allah bukakan rezeki dengan sumbangan seperti ini,” kata beliau.

PERTAMA KALI MENDAPAT

Latijah Awang, 68 pun menganggap sumbangan ini amat bermakna kepada dirinya yang juga pertama kali mendapat barangan dapur.

“Saya berterima kasih pada pihak yang menyumbang, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban sekeluarga bagi menyambut hari raya nanti,” kata beliau.

Manakala Nurin Saad, 67 sumbangan ini disifatkan sebagai amat bermakna kerana dapat menjimatkan perbelanjaan dapurnya.

“Semua barang yang diberi penting, ia kegunaan seharian dan saya amat hargai dipilih sebagai penerima sumbangan,” kata Nurin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *