
12 Mac 2026
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperketat penguatkuasaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di seluruh negara melalui pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan (Intelligence-Led Enforcement) bagi memastikan subsidi berkenaan tidak diseleweng mana-mana pihak.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata langkah itu bertujuan memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pelaksanaan BUDI95.
Beliau berkata konflik di Asia Barat perlu diberi perhatian serius kerana isu itu menyebabkan lonjakan harga minyak global, sekali gus dipercayai menarik minat pihak luar untuk mendapat bekalan petrol murah di Malaysia berbanding negara lain.
