






KULIM, 7 Mac 2026 β Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri (PMO), Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Kerajaan Negeri Kedah serta Polis Diraja Malaysia, telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anwar Ibrahim di Batalion 2, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri yang menyantuni warga KDN serta anggota badan beruniform. Dalam majlis tersebut, beliau turut meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem perpaipan dan RM8 juta bagi kerja-kerja pendawaian elektrik, yang akan dilaksanakan di Batalion 2 PGA, Kulim.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YAB Datoβ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah; YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri; serta YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, bersama barisan kepimpinan tertinggi kementerian dan agensi penguatkuasaan.
Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, majlis ini menjadi platform untuk menyemarakkan nilai ihsan, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga KDN serta agensi penguat kuasa. Kehadiran dianggarkan seramai 2,000 orang.
