ZIARAH KASIH, PENYERAHAN DOKUMEN & MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI JPN DI MACHANG

Machang, Kelantan – 28 Februari 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, bersama barisan pegawai JPN, termasuk YBhg. Dato’ Badrul Hisham bin Alias, Ketua Pengarah JPN, Pengarah JPN Negeri Kelantan, dan pegawai bahagian, telah mengadakan Ziarah Kasih ke rumah Puan Azlindayati Ali yang merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan di Machang. Kunjungan YB Menteri Dalam Negeri, ini adalah bagi menyampaikan sokongan moral kepada Pn Azlindayati dan suaminya yang menghadapi masalah kesihatan.

Selepas itu, YB Menteri bersama barisan pegawai JPN dan NGO Jejak Jalanan meneruskan Program MEKAR & Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri, di mana sembilan (9) individu daripada dua generasi menerima dokumen masing-masing – termasuk Sijil Kelahiran, lapan (8) MyKad dan satu (1) MyKid. Kes ini melibatkan Puan Nor Fauziah binti Muhamad, empat orang anaknya dan empat orang adik-beradiknya yang sebelum ini tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Proses pendaftaran dilakukan mengikut prosedur pendaftaran lewat kelahiran, hasil kerjasama JPN Kelantan, saksi, penganjur dan NGO Jejak Jalanan, yang membantu menyalurkan maklumat awal dan mempercepatkan penyelesaian kes.

Program hari ini diakhiri dengan Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni JPN di Surau Masjid Al-Raudah, Machang, yang menekankan kepentingan nilai amanah, ihsan dan tanggungjawab dalam perkhidmatan awam, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Majlis turut diisi dengan tazkirah Ihya’ Ramadan, solat berjemaah serta jamuan berbuka puasa sebagai simbol kebersamaan antara kepimpinan kementerian, warga JPN dan komuniti.

Inisiatif ini membuktikan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN, serta kerjasama strategik bersama NGO Jejak Jalanan, dalam memastikan tiada rakyat tercicir daripada memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Saifuddin Nasution Ismail
Badrul Hisham bin Alias
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *