

23 Feb 2026
Perdana Menteri, YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2026β2030 sempena Majlis Berbuka Puasa MADANI Kementerian Luar Negeri Tahun 2026 di Wisma Putra.
Pelan Strategik 2026β2030 ini berteraskan visi Malaysia MADANI serta dibina berasaskan hubungan diplomasi dan hala tuju dasar luar negara.
Pelan Strategik ini dijajarkan dengan kerangka Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi memastikan kesepaduan pelaksanaan dasar luar Malaysia dengan agenda pembangunan negara.
Hadir sama Menteri Luar Negeri, YB Datoβ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.
