PM Singapura lawat Malaysia hari ini

Wartawan JM
20 FEB. 2026

Perdana Menteri Republik Singapura, Lawrence Wong qmengadakan Lawatan Khas ke Malaysia pada 20 Februari 2026.

Kenyataan media Wisma Putra memaklumkan semasa lawatan tersebut, Lawrence Wong dijadual mengadakan pertemuan dengan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua Perdana Menteri dijangka akan membincangkan kerjasama
dua hala dan isu-isu yang berkepentingan bersama, termasuk hasil Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 yang telah diadakan pada 4 Disember 2025.

Singapura merupakan jiran dan rakan utama Malaysia dalam ASEAN dengan hubungan yang erat dan
meluas dalam pelbagai bidang.

Dari segi perdagangan dua hala, Singapura merupakan rakan dagang
kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) bagi tahun 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding tahun 2024. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *