KEBERSIHAN TAPAK JUALAN DAN KESELAMATAN JUADAH DI BAZAR RAMADAN TERUS DIUTAMAKAN

KUCHING, 19 FEB โ€“ Peniaga bazar Ramadan diingatkan sentiasa patuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ini terutamanya aspek kebersihan tapak jualan dan keselamatan juadah yang dijual.

Dato Bandar Kuching Utara, Datoโ€™ Hilmy Othman berkata, bagi pastikan kebersihan di tapak jualan terpelihara, tong sampah kitar semula dengan label pengasingan disediakan di pintu masuk semua bazar bawah pentadbirannya.

Dari segi keselamatan makanan pula, pihak Kementerian Kesihatan melaksanakan tugas mereka melakukan pemeriksaan untuk elak pencemaran dan keracunan makanan.

โ€œ Pihak Kementerian Kesihatan akan menjalankan tugas mereka seperti sedia kala, akan mengambil sampel-sampel dari semasa ke semasa untuk diteliti di pejabat mereka’, katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Satok di Kuching, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki.

Lebih 100 tapak jualan makanan dan minuman beroperasi bermula pukul 2:00 petang hingga 7: 00 malam.

Jamalia
Foto: UKAS

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *