MYBAYAR SAMAN KINI DI MYDIGITAL ID

7 Feb 2026

MyBayar Saman kini boleh diakses melalui MyDigital ID, memudahkan urusan pembayaran saman dengan lebih cepat, selamat dan menggunakan pengesahan identiti digital. Integrasi ini membolehkan pengguna menjalankan urusan dengan lancar tanpa perlu log masuk menggunakan kaedah lain.

Pengguna hanya perlu mendaftar melalui aplikasi atau laman web rasmi, mengesahkan identiti mengikut langkah yang ditetapkan dan log masuk ke MyBayar Saman menggunakan akaun MyDigital ID.

Saman boleh disemak dan dibayar secara dalam talian dengan mudah.

Inisiatif ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan digital yang efisien, mudah diakses dan mesra rakyat, sejajar dengan matlamat transformasi digital negara.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *