SIARAN MEDIA:KUNJUNGAN RASMI PERDANA MENTERI INDIA KE MALAYSIA PADA 7 HINGGA 8 FEBRUARI 2026

  1. PUTRAJAYA, 6 Februari 2026 – Negara akan menerima kunjungan rasmi Presiden India pada 7 hingga 8 Februari 2026.
  2. Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang
    kukuh serta saling menghormati antara kedua-dua negara. Kementerian Dalam
    Negeri (KDN) melalui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.
  3. Sehubungan itu, orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi tersebut. Pihak PDRM juga akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang.
  4. Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, KDN melalui PDRM akan terus melaksanakan
    tanggungjawabnya secara profesional dan tegas bagi menjamin keselamatan
    rakyat serta kestabilan negara.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
6 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *