Sistem audit negara perlu dilaksanakan dengan pantas, tepat berorientasikan impak maksimum kepada rakyat – PM Anwar

26 Jan 2026

Sistem audit negara perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih pantas, tepat, dan berorientasikan impak maksimum kepada rakyat, bukannya sekadar membetulkan kira-kira atau menjadi rutin semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

” Hari ini saya ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk meraikan detik bermakna sempena Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara, yang merakam perjalanan panjang institusi ini dalam memperkukuh sistem pengurusan dan tatakelola negara.l, ” kata beliau dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.

PENGURUSAN MENJADI LEBIH TELUS

Beliau berkata , pengauditan memastikan keseluruhan sistem pengurusan menjadi lebih telus, bertanggungjawab dan berkesan.

Jelas beliau tradisi ini selari dengan amanah awam yang menuntut kebertanggungjawaban dalam mengurus kepentingan rakyat.

Katanya, usaha pendigitalan dan penambahbaikan berterusan dalam sistem audit telah meningkatkan kecekapan serta keyakinan terhadap institusi ini, sekali gus menjadi benteng penting bagi mencegah ketirisan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Menurut beliau, lebih penting, audit perlu dirasakan sebagai sesuatu yang membantu, bukan menekan.

” Ia mesti hadir lebih dekat dengan rakyat, mudah difahami dan membina kepercayaan.

” Apabila rakyat mengerti bahawa audit wujud untuk melindungi hak mereka dan memastikan wang awam diurus dengan amanah, ketakutan akan bertukar menjadi keyakinan dan jurang antara dasar dan realiti dapat dirapatkan secara berperingkat, ” jelas PMX lagi.

Menurut Anwar, dengan dukungan semua pihak, sistem pengauditan yang dinamik dan berintegriti bukan sekadar memperkemas pentadbiran, tetapi memastikan negara ini melangkah ke hadapan dengan lebih adil, telus dan bermaruah. I

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *