Ahli perniagaan tempatan kerugian RM1.25 juta selepas terpedaya pelaburan klon

26 Jan 2026

Seorang ahli perniagaan tempatan kerugian RM1.25 juta selepas terperdaya pelaburan klon didalangi sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai entiti pelaburan antarabangsa, Oktober tahun lepas.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memaklumkan lelaki berusia 50 tahun yang tertarik menyertai skim pelaburan itu selepas melihat iklan di Facebook telah menyertai kumpulan WhatsApp.

β€œMangsa diminta memuat turun aplikasi pelaburan palsu memaparkan keuntungan atas kertas sehingga mencecah RM16.7 juta.

β€œTerpengaruh dengan paparan keuntungan itu, mangsa melakukan 23 transaksi berjumlah RM1.25 juta ke beberapa akaun bank tempatan milik pihak ketiga dari Oktober hingga Disember 2025,” menurut JSJK menerusi hantaran Facebook.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *