










25 Jan 2026
(Info Ringkas)
Inflasi perubatan tidak boleh ditangani secara berasingan. Melalui strategi RESET, Kerajaan melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan negara demi melindungi kesejahteraan rakyat — kini dan pada masa hadapan.
Empat pencapaian utama di bawah RESET:
🔹 Pelan MHIT Asas – Kertas putih mengenai ciri dan konsep pelan insurans/takaful perubatan asas yang berdiri sendiri dan mudah diakses, dengan pelancaran disasarkan pada 2027
🔹 Julat Harga Prosedur Biasa – Julat kos bagi 26 prosedur untuk membantu perbandingan dan keputusan yang lebih bermaklumat
🔹 Alat Pengguna – Panduan MHIT Made Simple bagi membantu pembelian dan tuntutan MHIT
🔹 Penjagaan Amal – Insentif cukai baharu untuk hospital swasta menubuhkan Dana Kebajikan bagi pesakit kurang berkemampuan
Maklumat lanjut, termasuk Kertas Putih Pelan MHIT Asas dan inisiatif lain di bawah RESET, boleh didapati di laman web rasmi kami https://www.mof.gov.my/ms/reset.
