





Sholina Osman melaporkan dari Krabi, Thailand
23 JAN. 2026
Sudah menjadi kelaziman kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, khususnya apabila berada di luar negara, Baginda komited untuk memperkenalkan βPerlis Food Promotionβ.
Baginda terus berkenan memperkenalkan βKurma Perlisβ yang menjadi identiti masakan dari negeri yang paling ke utara ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berkenan mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
BERSAMA LEMBAGA PENGARAH
Sempena Baginda mengetuai delegasi Jelajah Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. Lke Wilayah Andaman Thailand di Krabi dari 23 hingga 25 Januari telah diadakan
promosi Kurma Perlis di Restoran Sanaepue Crab Charm di Trang, Thailand.
Berkenan berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus Besar ATAM Sdn Bhd Muhammad Farid Abdul Rahim.
SELAMA TIGA TAHUN
Restoran ini telah beroperasi selama tiga tahun terletak di 78, T, Bang Mak Subdistrict, Kantang, District Trang.
Hidangan Kurma daging sempena Perlis Food Promotion ini akan disediakan untuk dinikmati oleh pelanggan selama dua minggu.
‘Kurma Perlis’ ini disediakan oleh pengusaha Shamiza Restoran di Kampung Gial, Perlis yang akan membimbing tukang masak di restoran berkenaan menyediakan menu istimewa ini. – JM
