




KULIM, 17 JANUARI 2026 β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, hari ini mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi projek baik pulih rumah di Sungai Ular dan Sungai Seluang, Kulim, sebelum menyempurnakan Majlis Penyerahan Inden Projek Kecil Kerajaan Persekutuan bertempat di Bilik Seminar, Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Lawatan dimulakan dengan peninjauan pelaksanaan projek baik pulih rumah di Sungai Ular dan Sungai Seluang yang bertujuan memastikan kerja-kerja dilaksanakan secara teratur, menepati spesifikasi yang ditetapkan serta memberi manfaat langsung kepada rakyat yang memerlukan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan inden projek oleh YB Menteri Dalam Negeri bagi projek-projek di bawah peruntukan Program Mesra Rakyat (PMR) dan Projek Infrastruktur Rakyat Sejahtera (PRISMA). Penyerahan inden ini merupakan satu langkah penting yang menandakan kelulusan rasmi Kerajaan Persekutuan terhadap pelaksanaan projek-projek kecil berkenaan, sekali gus membolehkan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf dimulakan mengikut skop serta tempoh yang telah ditetapkan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan melalui penyediaan infrastruktur asas yang selamat, selesa dan berkualiti, khususnya kepada komuniti setempat.
Turut hadir ialah Datoβ Haji Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah; YDH Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Kedah; serta pegawai-pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
