

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan khas Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC,KL)
16 Jan 2026
Presiden UMNO Datok Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh 38 bulan Kerajaan Perpaduan telah dapat
berfungsi tanpa sebarang gangguan, berbanding
episod 22 bulan dan 17 bulan pada penggal Parlimen
Ke-14 yang lalu.
Beliau berkata, kestabilan politik serta pentadbiran tersebut berjaya dicapai kerana Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim telah memimpin Malaysia dengan baik sehingga hari ini.
` Untuk itu saya ingin menyampaikan
ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Datoβ
Seri Anwar Ibrahim yang dapat memimpin negara
dengan baiknya.
“ Kejayaan YAB PMX mengekalkan
kerajaan hingga ke hari ini tentunya berkat dukungan
semua parti-parti yang bergabung di dalam Kerajaan
Perpaduan, β tegas beliau dalam ucapan dasar Presiden UMNO di hadapan hampir tiga ribu perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Perhimpunan Agung 2026 di WTC, Kuala Lumpur pagi ini .
Menurut Dr. Ahmad Zahid,
dalam tempoh tersebut negara telah menikmati pengukuhan
ekonomi.
Jelas beliau lagi, pertumbuhan KDNK yang mampan, ringgit
yang mengukuh daripada RM4.18 berbanding dollar pada
Jan 2022 kini RM4.09 berbanding 1 dollar Amerika .
“ Empat
pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 16.9 billion
dollar Amerika pada tahun 2023 meningkat kepada 19
billion dollar Amerika pada 2025. Pengangguran
menurun, malah, kadar kemiskinan dapat dikurangkan,
dan pelbagai bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.
“ Dalam 38 bulan yang telah berlalu, pemerkasaan
pendidikan terus diberikan penekanan melalui
Agenda TVET Negara yang membuka ruang dan
peluang kepada anak-anak muda menceburi bidang
pekerjaan dengan gaji premium, ββ jelas Dr. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Menurut Dr. Dr. Ahmad Zahid lagi , dalam tempoh itu juga, Malaysia boleh berbangga berada di
pentas antarabangsa.
“ Kita menjadi pemain yang aktif
dalam membela nasib saudara kita di Palestin, kita
berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatan
negara dalam isu Sulu. Tahniah buat Menteri Undang-
Undang dan Reformasi Institusi. Selain itu kejayaan
dalam tempoh ini kita dengan jayanya dapat
melaksanakan tanggungjawab Kepengerusian
ASEAN.
“ Apa yang lebih penting, 38 bulan ini juga, pemantapan
agenda Islam dan Bumiputera dapat kita
terjemahkan melalui Dasar Tahfiz Negara 2.0.
Pendidikan Pra-Tahfiz KEMAS bagi lebih 100 ribu
kanak-kanak setiap tahun, program Ulul Albab di
semua 58 MRSM, pengiktirafan Sijil Tahfiz Malaysia
setaraf Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3, melahirkan
golongan Huffaz Profesional, semuanya telah dapat
kita laksanakan dengan jayanya
Begitu juga kejayaan
kita mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig yang
dipengerusikan oleh tokoh kepimpinan UMNO hasil
daripada usul yang kita bawa pada Perhimpunan
Agung tahun 2023.
Malah, Kongres Ekonomi Bumiputera yang saya
Pengerusikan dan dicadangkan di dalam Perhimpunan
Agung UMNO pada tahun 2023, telah terlaksana yang
melahirkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera
2035 (PuT ERA35).
