
13 Jan 2026
(Berita Ringkas)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 bagi setiap murid mesti diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa tanpa sebarang potongan untuk digunakan bagi persiapan persekolahan anak-anak.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sebarang rancangan atau bayaran lain seperti yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu diselesaikan secara berasingan dan bukan menerusi potongan BAP.
Sumber : BERNAMA
