




8 Jan 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC).
Mesyuarat tersebut bagi menetapkan hala tuju kerjasama strategik Malaysia-Republik Türkiye demi manfaat bersama.
Jelas PMX , antara perkara utama yang disentuh dalam mesyuarat ini ialah pengukuhan kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang keutamaan, meliputi perdagangan dan pelaburan, industri halal, kewangan Islam, semikonduktor, sistem pengangkutan pintar (ITS), pertahanan dan keselamatan, tenaga dan alam sekitar, unsur nadir bumi (REE), pelancongan serta pendidikan.
MEMPERLUASKAN KERJASAMA
Beliau berkata, mesyuarat tersebut turut meneliti usaha memperluas dan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Türkiye dalam kerangka serantau serta pelbagai hala, khususnya melalui ASEAN, D-8 dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di samping bertukar pandangan mengenai situasi semasa di Gaza serta perkembangan keselamatan dan kemanusiaan di Timur Tengah.
” Saya menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan terhadap peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha perdamaian antara Kemboja dan Thailand, di samping pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu, ” jelas PMX dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.
======
President Erdoğan and I co-chaired the First Meeting of the High-Level Strategic Cooperation Council (HLSCC) to set the strategic direction for Malaysia–Republic of Türkiye cooperation, for our mutual benefit.
🇲🇾🇹🇷
