


10 + 5 Kisah Kejayaan.
6 Jan 2026
Tiga tahun Reformasi Pendidikan telah membawa perubahan ketara dalam ekosistem pendidikan negara dengan memberi tumpuan kepada penanganan kesenjangan pendidikan secara menyeluruh. Pelbagai inisiatif baharu telah dilaksanakan bagi memastikan akses pendidikan yang lebih adil, inklusif dan berkualiti untuk semua murid tanpa mengira latar belakang.
Pendekatan bersasar di peringkat sekolah, disokong penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran, telah menunjukkan hasil positif apabila semakin banyak sekolah mencatat peningkatan, manakala keperluan intervensi intensif terus berkurangan.
Kemuncak usaha ialah kelulusan RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 yang menjamin akses pendidikan sehingga peringkat menengah bagi setiap anak Malaysia, sekali gus menegaskan komitmen negara terhadap pendidikan yang lebih saksama. Kurikulum Persekolahan 2027, Kurikulum Prasekolah 2026 dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2026–2035 akan menjadi asas hala tuju pendidikan negara, berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perjalanan reformasi masih panjang, dengan iltizam dan hala tuju yang jelas, pendidikan negara diyakini terus melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berintegriti.
