KDN TEGAS PERKUKUH KESELAMATAN DIGITAL NEGARA

5 Jan 2026

Menerusi Sokongan PDRM terhadap Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA)

Kementerian Dalam Negeri (KDN), melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), menegaskan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) sebagai langkah strategik memperkukuh keselamatan digital negara dan melindungi rakyat daripada ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.

Rekod PDRM menunjukkan rakyat Malaysia menanggung kerugian RM2.77 bilion akibat penipuan dalam talian bagi tempoh Januari 2023 hingga November 2025. Pada masa sama, peningkatan kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian dan penyebaran Child Sexual Abuse Material (CSAM) amat membimbangkan.

Pelaksanaan ONSA memastikan platform digital bertanggungjawab, menutup ruang operasi penjenayah siber serta memperkukuh tindakan terhadap penipuan, penyalahgunaan identiti, kandungan ekstremisme dan eksploitasi kanak-kanak.

KDN melalui PDRM akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan dan penyedia platform digital melalui pendekatan whole-of-government, demi memastikan keselamatan rakyat, integriti ruang digital negara dan kesejahteraan generasi masa hadapan terus terpelihara.

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Negara I 1 Januari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *