KELANTAN HARGAI ARAHAN PERDANA MENTERI PERCEPAT PENGGANTIAN TITI GANTUNG LATA REK

3 Jan 2026

Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas arahan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai dengan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kejadian yang berlaku pada Khamis lepas, telah mengakibatkan beberapa orang awam cedera selain menjejaskan akses harian penduduk setempat.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai untuk menyelaras segala urusan berkaitan bersama-sama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan agensi terlibat bagi memastikan kerja penggantian disegerakan dan dilaksanakan secara teratur.

Pada Khamis lepas, media melaporkan suasana meriah sebuah majlis perkahwinan bertukar cemas apabila titi gantung dilalui tetamu tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 orang terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai di Lata Rek.

📸 Shahuri Saidi / BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *