GENG RUSABOY LUMPUH, 17 DITAHAN DALAM OPS TIGA

29 Disember 2025

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan kumpulan jenayah terancang Geng Rusaboy yang aktif melakukan pelbagai jenayah kekerasan di Kedah dan Pulau Pinang dengan penahanan 17 anggotanya menerusi OPS Tiga.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata operasi hasil kerjasama JSJ Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kedah dan Cawangan Khas Bukit Aman menahan semua suspek lelaki berusia antara 24 hingga 42 tahun dari 27 Nov hingga 4 Dis.

โ€œKumpulan ini dianggotai kira-kira 35 orang yang dipimpin lelaki tempatan dikenali sebagai Rames dan aktif di Sungai Petani, Kulim serta beberapa lokasi di Pulau Pinang.

โ€œMereka dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan termasuk rompakan, mendatangkan kecederaan parah, bunuh dan pengedaran dadah selain meminta wang perlindungan,โ€ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini.

Kumar berkata polis kini giat mengesan saki baki anggota kumpulan itu termasuk Rames, 36, yang dipercayai masih berada dalam negara.

Sumber BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *