Pemindahan 35 tahanan pelbagai warganegara dilaksanakan oleh Imigresen Pekan Nenas

JOHOR BAHRU, 29 DISEMBER 2025 – Sepanjang minggu keempat bulan Disember 2025, Depot Imigresen Pekan Nenas telah melaksanakan pemindahan ke atas 35 orang tahanan dari pelbagai warganegara ke negara asal. Antara yang terlibat adalah 31 orang tahanan warganegara Myanmar, dan 01 orang tahanan masing-masing warganegara Vietnam, Filipina, Kemboja dan Gambia.

Kesemua tahanan telah dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 1 & KLIA 2, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Kesemua tahanan yang dipindahkan ini memiliki pasport yang sah, sebahagian daripada mereka telah dikeluarkan dokumen perjalanan sementara / “Emergency Travel Document” untuk pemindahan ke negara asal oleh pihak Kedutaan Negara masing-masing.

Kesemua tahanan yang dihantar pulang ke negara asal ini telah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan dan tidak dibenarkan untuk memasuki semula ke negara ini atas apa jua tujuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Pemindahan tahanan merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas yang giat dilakukan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dalam usaha untuk memastikan tiada lambakan tahanan yang telah selesai menjalani hukuman masih terus kekal tinggal di negara ini.

Segala urusan penghantaran pulang melibatkan tahanan seperti pembelian tiket dan sebagainya, boleh di lakukan di Kaunter Perkhidmatan yang disediakan di Depot Imigresen Pekan Nenas. Tiada sebarang ’caj perkhidmatan’ dikenakan.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Unit Rekod dan Pemindahan DIPN ditalian 07-6993540 atau melalui Sistem Pertanyaan Online ( SPO) http://eapp.imi.gov.my/tanya/create

© 2025 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *