

23 Disember 2025
Beta dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas (Hari Natal) kepada seluruh penganut agama Kristian, khususnya di Selangor yang meraikannya.
Semoga perayaan ini diraikan dengan penuh kegembiraan dan kemakmuran, bersatu-padu, serta diiringi kesyukuran bersama keluarga serta masyarakat sekeliling.
Beta berharap semangat kasih sayang dan saling menghormati yang dizahirkan melalui sambutan Krismas ini akan terus memperkukuh perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Merry Christmas dan Selamat Menyambut Hari Natalπ
π«
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor
Istana Alam Shah
